Sabtu, 22 Disember 2012

Asal Diriku

Assalamualaikum, hari ini ramai yang telah bergelar PMRuate, SPMuate, graduate & macam-macam lagi.Mungkin halatuju mereka berbeza. Tetapi ingatlah, hidup kita hanya sekali sahaja. Gunakanlah masa yang berbaki ini kepada perkara yang membolehkan kita mendekatkan diri kepada Allah swt. Ingatlah Firman Allah swt, yang bermaksud:

"Tidak AKU Jadikan Jin & Manusia Melainkan Untuk Beribadat Kepada AKU".

Jadi persoalannya, mengapakah manusia pada hari ini ramai yang terpesong dari garis laluan yang telah ditetapkan oleh syara' ? Adakah golongan ini tidak mengetahui akan asal usul ia dijadikan dari mana?

Mai kita renung kembali, sapanjang hidup kita ini, adakah kita melaksanakan apa yang telah kita janjikan kepada Allah swt semasa di alam ruh sebelum hadir ke alam dunia ini?Ayuh kita sama2 renung kembali.
Insya-Allah jika kita berpegang & percaya pada aqidah sekarang ini, nescaya kita dapat menjawab 3 soalan yang bakal kita sama-sama jawab nanti.
Soalan:
            1- Saya asal dari mana Sebenarnya?
            2- Tujuan ape sebenarnya saya hidup di dunia ini?
            3- Selepas ini, kemanakah saya akan pergi?

Jawapan :
            (Gunakalah teknik menjawab ini melalui hati yang Ikhlas & suci kerana Allah swt)

WSLM......

Rabu, 15 Ogos 2012

LUCU TAPI BENAR.....

 


Ambillah sebagai pengajaran.........terkadang kita lupa diri kita
sebenarnya...apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain

Assalammualaikum

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa
mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang
perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi
kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam
solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,
tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100
halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk
menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf
paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh
cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan
di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner
atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di
e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang
dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus
beriman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?
Tepuk dada tanya iman bukan Aiman,
Muhasabahlah diri sendiri sblm diri sendiri dihisab oleh Allah swt.......
Renung-renungkan & selamat beramal.......

Selasa, 19 Jun 2012

Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa." 


Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah:
"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam). 

Antara Lirik Syair Melayu-Islam:

Rejab bulan menabur benih,
Sya'ban bulan menyiram tanaman,
Ramadan bulan menuai.

Rejab menyuci badannya,
Sya'ban menyucikan hati,
Ramadan menyucikan rohnya.

Rejab bulan marghfirah,
Sya'ban bulan syafaat ,
Ramadan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab bulan taubat,
Sya'ban bulan muhibbah,
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya.

Rejab digandakan 70 pahala,
Sya'ban diganda 700 pahala,
Ramadan diganda 1000 pahala.

Khamis, 19 April 2012

KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ?




Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali
          sedalam  5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu..(sambil tersenyum).
            "Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana.Sebenarnya sebab kubur
             wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan   
             terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum
             wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun.Islam masih melindungi aurat kaum  
             wanita."

Isteri : SubhanaAlLah.Besarnya kuasa ALLAH, ye abang.

Suami : *Hanya tersenyum*

..Wahai kaum wanita.Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..